HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 12 JANUARI 2023 HINGGA 18 JANUARI 2023
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 12 JANUARI 2023 HINGGA 18 JANUARI 2023
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 Januari 2023 hingga 18 Januari 2023 adalah ditetapkan seperti berikut:
(1) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
(iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. Namun, harga runcit petrol RON97 dikekalkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Kementerian Kewangan Malaysia.
Putrajaya
11 Januari 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan